Sama-samalah kita mendapatkan maklumat dan memberikan maklumat untuk membenteras najis dadah.hantarkan maklumat apa sahaja tentang najis dadah ke email blog ini.terima kasih.
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4, Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul
Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp .
Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul
Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methyleneioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan ditemasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah
Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.
Penaung:En Leslie Tawan Ak Gandil Pengerusi:En Jensen Hillary Naib Pengerusi:En Irie Ambau Setiausaha:Cik Noor Azyyati Kadir Pengurusan & Kepimpinan:En Andy Isek Penyelaras Aktiviti Kurikulum: Semua Ketua Bidang Penyelaras Aktiviti Kokorikulum: En Tubau Limbau Penyelaras Pembentukan Sahsiah: En Huang Huat Leong Cik Noor Azyyati Kadir Cik Siti Khairah Mohd Razali
Laman ini dibangunkan adalah merupakan "one stop centre" yang menyediakan akses maklumat Pendidikan Pencegahan dadah yang lengkap kepada pelajar,guru,ibu bapa serta komuniti setempat.Maklumat dan bahan-bahan berkaitan PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan pengetahuan pelajar khususnya tentang bahaya penggunaan dadah,rokok,inhalan dan juga gejala sosial lainnya.
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2010,Negara Bebas Dadah Tahun 2015
Misi
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa)yang mantap dan berkesan bagi memastikan sekolah bebas daripada dadah
Matlamat
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”
Fungsi
Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencubarokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
SUDUT PPDA
Tema
“ bertindak bersama membenteras dadah” “ sekolah bebas dadah”
Pengenalan:
Sudut pendidikan pencegahan dadah (ppda) diwujudkan sebagai pusat akses maklumat
Pendidikan pencegahan dadah yang lengkap kepada murid-murid ,guru,ibu bapa dan komuniti setempat bagi meningkatkan lagi pengetahuan murid khususnya dan masyarakat amnya tentang bahaya penggunaan dadah, arak, rokok, inhalan dan juga gejala social lainnya. Ia juga merupakan pusat operasi gerakan kepada jawatankuasa ppda di sesebuah sekolah melalui 4 strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
Rasional
Sebagai pemangkin bagi pihak sekolah menyebarkan maklumat ppda secara interaktif ,sistematik dan efaktif. Dengankata lain, dapat memberikan pendidikan pencegahan awalan.
Matlamat
Diujudkan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membenteras penggunaan dadah
Ke arah merealisasikan hasrat melahirkan
“ sekolah bebas dadah”
Objektif
-meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ppda di kalangan murid secara lebih
Sistematik dan berkesan
-menjadikan bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program ppda
Di sekolah
-menjadikan tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karektor
Murid cemerlamg.
Belia Benci Dadah
Logo AADK
logo PEMADAM
Nukilan pelajar
Malaysia terkenal lagi disegani, Islam hadhari sumber inspirasi, Hidup sihat diri dihormati, Jauhi rokok dadah dihindari.
Perwira berani pergi membela, Menjaga negara korbankan jiwa, Wahai insani bukalah mata, Dadah berbahaya pembunuh manusia.
Senjata tajam sungguh bahaya, Buaya berenang dihempap galah, Biarlah mati dikenang bangsa, Janganlah mati kerana dadah.